Perpustakaan menyediakan perkhidmatan Kelas Kemahiran Maklumat bagi pelanggan perpustakaan. Di dalam kelas ini, pustakawan kami akan mengajar teknik dan cara yang mudah memperoleh maklumat bagi membantu pelajar mahupun pensyarah menyelesaikan masalah mencari maklumat yang diperlukan dalam penulisan tesis mahupun penggunaan pangkalan data atas talian yang dilanggan perpustakaan. Bagi tempahan kelas anda boleh membuat temujanji di pautan ini ataupun membuat temujanji secara semuka atau boleh menelefon Pustakawan | En.Asneezam, di talian 04-988 2067.