Menyedari bahawa Perpustakaan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM, kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti kepada pelanggan berlandaskan perkara-perkara berikut:

  1. Mengambil tindakan ke atas cadangan dan pesanan daripada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.
  2. Memastikan setiap jurnal / majalah baru boleh dirujuk dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  3. Memastikan pendaftaran pengguna Pusat IT dilakukan dalam masa 2 minit.
  4. Bahan segera (3 judul) siap diproses dan dihantar ke rak dalam tempoh 2 hari bekerja.
  5. Pinjaman dan pemulangan buku dapat dilakukan dalam masa 5 saat / setiap buku. 6. Mengendalikan Program Pendidikan Pengguna dari setiap permohonan warga UiTM.