Menyedari bahawa Perpustakaan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM, kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti kepada pelanggan berlandaskan perkara-perkara berikut:

  1. Mengambil tindakan ke atas cadangan dan pesanan daripada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.
  2. Memastikan setiap jurnal / majalah baru boleh dirujuk dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  3. Memastikan pendaftaran pengguna Pusat IT dilakukan dalam masa 2 minit.
  4. Bahan segera (3 judul) siap diproses dan dihantar ke rak dalam tempoh 2 hari bekerja.
  5. Pinjaman dan pemulangan buku dapat dilakukan dalam masa 5 saat / setiap buku. 6. Mengendalikan Program Pendidikan Pengguna dari setiap permohonan warga UiTM.

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamis bumiputra dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.


Misi

Pemangkin kepada warga UiTM yang berilmu melalui pengaksesan maklumat yang komprehensif, relevan dan terkini serta kemudahan yang berkualiti bagi tujuan memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.


Objektif Perpustakaan

  1. Memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan UiTM sebagai pusat kecemerlangan maklumat yang sentiasa kekal relevan, dirujuk dan dihormati
  2. Mempelbagai sumber ilmu yang komprehensif, terkini dan relevan meliputi pelbagai format yang dapat diakses secara fizikal dan maya.
  3. Menyediakan kemudahan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
  4. Menambah baik kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi terkini yang berfokuskan kepada keperluan pelanggan.
  5. Memperkasa modal insan melalui budaya PERDANA dalam kalangan warga PUiTM.
  6. Meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi luar dalam kegiatan jaringan industri.

Objektif Kualiti

  1. Memastikan tahap kepuasan hati pelanggan mencapai sekurang-kurangnya 85%.
  2. Memastikan jumlah pengunjung fizikal Perpustakaan UiTM tidak kurang dari 4 juta orang setahun.
  3. Memastikan jumlah pengunjung laman sesawang Perpustakaan UiTM mencapai sekurang-kurangnya 50 juta hits setahun.
  4. Memastikan penyediaan bahan silibus mencapai 100% menjelang tahun 2018.
  5. Semua bahan harta intelek UiTM yang diterima pada tahun semasa boleh dicapai di Repositori Institusi UiTM.
  6. Memastikan 85% staf mendapat sekurang-kurangnya 42 jam latihan setahun.

Pengenalan | 1974 | 1977 | 1985 | 1990 | 1993 | 1999 | 2000 | 2010 | 2016